PM: Kerajaan tegas, konsisten membela hak wanita

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata duanya bahawa kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak-hak wanita.

“Kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak-hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita terus diperteguh,” kata Anwar dalam ucapannya sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

“Semoga kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat!”, tambah beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaannya kepada isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana bersamanya dalam “perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan.

Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.