Program Residensi Rakyat (PRR) akan diperkenalkan
Model perumahan awam bernama Program Residensi Rakyat (PRR) akan diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kata menterinya, Nga Kor Ming.
Menurutnya PRR ialah perumahan bersepadu, mampan, sesuai didiami dengan kualiti komersial, pusat masyarakat, zon hijau dan kemudahan lain.
Kos pembinaan PRR akan ditingkatkan kepada RM300,000 dan dijual pada harga RM60,000 seunit.
Sejumlah 10,000 hingga RM15,000 dari jumlah tersebut akan diagihkan untuk dana penyenggaraan dan dana terikat.
“Pembeli unit PRR tidak boleh menjual unit mereka dalam tempoh 10 tahun kerana kita tidak mahu pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan yang telah ditawarkan dengan subsidi,” kata Nga, lapor The Star.