Suhaizan perjelas asal-usul dan sifat-sifat Khawarij

Suhaizan Kayat (PH-Pulai) telah menjelaskan asal usul Khawarij di dalam satu video ringkas di TikTok.

Beliau menjelaskan Khawarij bermula dalam waktu seusai Perang Siffin.

“Khawarij bermula dari kewafatan Saidina Uthman. Muslimin mengangkat Saidina Ali sebagai khalifah tetapi malangnya Muawiyah Abu Sufyan sebagai gabenor Syam yang berpengaruh tidak setuju dan menghasilkan Perang Siffin. Untuk berdamai masing-masing mengirim utusan untuk berunding.

Akhirnya Perang Siffin berakhir dengan perdamaian. Berdamai itu bagus tapi ada satu kumpulan pelampau yang menolak perdamaian ini dikenali sebagai Khawarij.

Mereka berpandangan Ali dan Muawiyah melanggar perintah Allah dan wajib dibunuh.

Suhaizan turut menyenaraikan sifat-sifat golongan Khawarij.

“Sifat Khawarij ini pertama suka mencela dan menganggap sesat . Sifat yang paling nampak dari khawarij ialah suka mencela para pemimpin, menganggap mereka sesat dan menghukum mereka sebagai orang yang sudah keluar dari keadilan dan kebenaran.

“Keduanya, bersangka buruk melabelkan orang lain dengan pelbagai sangkaan buruk.

“Yang ketiga adalah berlebihan dalam ibadah. kajian masyhur di kalangan orang khawarij menyatakan walaupun rajin beribadah tapi ibadah tidak bermanfaat kepada mereka. Berlebihan beribadah sehingga beranggapan dialah yang lebih suci daripada orang lain.”

Beliau turut mengingatkan bahawa semua yang beribadah itu Khawarij dan mahu pejuang tidak terjebak dengan bahana Khawarij.

Perkara ini diungkapkan beliau ekoran tindakan parti pembangkang yang semakin hari semakin memperlihatkan sifat Khawarij dalam memperjuangkan Islam.