Suruhanjaya Eropah yakin dengan bantuan kemanusia menerusi jalan laut untuk Gaza
Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berharap agar bantuan kemanusiaan menerusi jalan laut dari Cyprus ke Gaza boleh bermula dalam hujung minggu ini.
Ia ekoran pengumuman Presiden Amerika Joe Biden bahawa tentera Amerika akan membina pelabuhan sementara di teluk Meditteranean, Gaza, lapor Reuters.
Rundingan gencatan senjata masih belum mencapai kata putus di Kaherah dan umat Islam dijangka memulakan ibadah Ramadan pada hari Ahad.
Satu percubaan penghantaran bantuan makanan dengan sokongan Emiriah Arab Bersatu adalah antara usaha yang sedang dilaksanakan.
“Kita hampir pasti memulakan koridor maritim pada hari Sabtu atau Ahad,” kata Ursula.