Hak asasi pelarian dan kebebasan media dibahas dalam sesi pertanyaan menteri

Sesi Dewan Rakyat pagi ini bermula dengan sesi pertanyaan menteri. Dua isu menarik yang dibangkitkan ialah isu hak asasi pelarian yang ditahan dan kebebasan media.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai laporan Human Rights Watch yang mengkritik kerajaan kerana menindas pelarian di dalam pusat tahanan sesak melebihi kapasiti dan ada kes kematian di kalangan golongan rentan dan kanak-kanak.

Datuk Wan Saifulruddin Ean Jan (PN-Tasek Gelugor) bertanya Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkenaan rasional penggubalan Kod Etika Wartawan yang diumumkan pada 20 Februari dan implikasi kepada hak kebebasan media dan kerangka kawal selia media secara menyeluruh.

Persoalan berkaitan penglibatan badan berkanun dan bukan berkanun kerajaan dalam pelaburan dibangkitkan oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang) dalam sesi soalan lisan kepada Menteri Kewangan.

Muhammad Ismit Mat Taib (PN-Parit) pula bertanya berkenaan isu perdagangan manusia kepada Menteri Dalam Negeri.

Kementerian-kementerian meneruskan sesi debat dengan menjawab pelbagai persoalan dan isu yang telah dibangkitkan oleh ahli parlimen dalam sesi debat menjunjung titah Yang DiPertuan Agong.