Menteri arah siap sedia permintaan tinggi tiga bekalan makanan ini

Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah bersiap siaga dengan permintaan tinggi terhadap bawang, ayam dan telur ayam di bulan Ramadan serta Syawal ini.

Arahan tersebut dikeluarkan Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet bagi Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di ibu negara.

Dalam mesyuarat itu, beliau turut mengingatkan seluruh jabatan dan agensi bahawa mereka perlu memastikan sumber makanan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi rakyat.

”Antara topik lain yang ditekankan dalam mesyuarat kali ini adalah hal yang berkaitan dengan industri padi dan beras.

”Kementerian perlu mengesyorkan jalan penyelesaian yang terbaik dan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat NACCOL yang akan diadakan pada 20 Mac 2024 nanti,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini.

Menurut Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, pihaknya turut membincangkan mengenai tiga industri yang menjadi tumpuan pada tahun ini.

Industri tumpuan tersebut katanya adalah seperti nanas, bawang, ayam dan telur ayam.

BACA JUGA KPKM sasarkan sehingga 2.2 juta tan metrik beras putih tempatan