RUU Sewaan Kediaman sedang digubal

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatakan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman sedang digubal.

“RUU RTA yang sedang digubal ini adalah bersifat neutral dan sebarang aktiviti sewaan kediaman yang dilaksanakan adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat.

“RUU RTA ini turut menjelaskan hak dan kewajipan pemilik kediaman dan penyewa serta menyediakan mekanisme penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian dalam aktiviti sewaan kediaman,” kata Nga dalam jawapan bertulis kepada Syahredzan Johan (PH-Bangi).

Nga berkata demikian kepada soalan Syahredzan berkenaan status pembentangan RUU dan sama ada RUU berkenaan akan mengatasi aduan diskriminasi kaum.

Akta ini akan melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman yang sekarang hanya dilindungi melalui Akta Kontrak 1950. Akta Kontrak walau bagaimanapun bersifat umum dan tidak menyeluruh.

BACA JUGA: Ramai puas hati tengok Syahredzan sekolahkan MP Pas di Parlimen