AMANAH sertai Muafakat Nasional?

Pimpinan AMANAH telah menolak sebarang usaha ke arah pembentukan Muafakat Nasional yang dikemukakan oleh seorang pemimpin Pas.

Naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berkata kerjasama sedemikian tidak diperlukan memandangkan Pas tidak berhasrat bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan

“Apa gunanya AMANAH sertai jika ia bertujuan untuk menghancurkan kerajaan dan merosakkan negara ini? Pas tidak berubah… Mereka hanya mahu merampas kuasa atau menggugat negara ini,” kata Mahfuz, lapor FMT.

AMANAH merupakan komponen PH dan merupakan serpihan Pas yang dibentuk pada tahun 2015.

Naib presiden Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kesanggupannya untuk bekerjasama dengan AMANAH dalam usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional yang pernah diwujudkan sebelum ini bersama Umno.

Ketua Pemuda AMANAH Hasbie Muda senada dengan Mahfuz kerana MN tidak relevan. Ini kerana kerajaan perpaduan sudahpun menjaga kepentingan Melayu-Islam.

“AMANAH tak perlu sertai MN. Kerajaan perpaduan lebih stabil dan kukuh berbanding MN yang rapuh,” katanya.

Timbalan presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga tidak melihat sebarang alasan untuk menamatkan hubungan dengan komponen PH lain.

Beliau berkata MN yang sepatutnya membangunkan negara dan bekerjasama dengan kerajaan perpaduan.

MN diwujudkan oleh Umno dan Pas pada Sept 2019 sebagai usaha menyatukan para pengundi Melayu-Islam pasca PRU pada tahun 2018.

BACA JUGA: Pas attempts to revive Muafakat Nasional, again