Pembelian suratkhabar untuk sekolah untuk apa?

Kementerian Pendidikan telah mempertahankan keputusan melanggan tiga akhbar berbahasa Melayu untuk sekolah demi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dan membudayakan membaca akhbar di sekolah.

Baru-baru ini, kementerian telah mengumumkan keputusan untuk melanggan Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada,” kata kementerian menerusi satu kenyataan.

Keputusan tersebut dibimbangi oleh segolongan pihak kerana salah satu suratkhabar tersebut memberikan banyak liputan kepada politik parti pembangkang.

BACA JUGA: Selangor tegas martabat bahasa Melayu