‘Kena ruqyah sikit walaun baru dia sedar’ – Malaysia terbukti nombor satu tarik pelabur
Ada yang secara sinis menyarankan agar penyokong pembangkang yang digelar walaun perlu kena ruqyah agar mereka sedar tentang pencapaian Malaysia dalam menarik keyakinan pelabur.
Reaksi itu susulan penjelasan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi media sosial malam tadi.
“Di kalangan negara-negara Membangun, Malaysia berada di kedudukan nombor satu di dunia.
“Secara keseluruhan, kita berada di tangga ke-27 dan ini lebih tinggi berbanding negara-negara maju di Eropah seperti Republik Czech, Portugal, dan Itali. Tapi betul ke ni? Siapa yang cakap?” tulisnya di platform X.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai ekosistem yang paling kondusif untuk para pelabur sehingga membolehkan negara ini merekodkan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu.
“Bukan saya yang pandai-pandai reka. Ini adalah hasil tinjauan Global Opportunity Index 2024 dari badan antarabangsa Institut Milken.
“Di kalangan negara-negara membangun Malaysia adalah nombor satu bukan sekadar di Asean atau di Asia, kita berada di tangga ke-27 lebih tinggi dari negara-negara maju di Eropah.
“Kalau nak tengok kedudukan di Asia, pencabar terdekat kita ialah Thailand diikuti oleh China.
“Ya, ekosistem kita lebih kondusif untuk menarik pelaburan berbanding China,” katanya dalam penjelasan yang padat berdurasi hanya satu minit 26 saat itu.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus berusaha menarik lebih banyak lagi pelaburan ke negara ini.
“Walaupun kita sekarang nombor satu, kita tak akan leka.
“Kita akan terus lipatgandakan usaha menarik pelaburan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata beliau lagi.
BACA JUGA Terima kasih bayar hutang, tapi jangan lupa baki RM2 juta – Bekas pencetak Harakah
Â