Khalid letak jawatan Presiden, terkejut tahu pernah buat ‘loan’ sebesar ini demi gaji KLFC

Selepas hampir lima tahun mengepalai Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden.

Kuala Lumpur City FC (KL City) kini kehilangan ‘nakhoda’ menjelang saingan Liga Super yang berbaki dua bulan lagi.

Dalam surat peletakkan jawatan Khalid itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan KLFA yang banyak membantunya selama berkhidmat selaku Presiden bermula 2019 lalu.

“Saya berharap agar KLFA terus maju dan berjaya dalam usaha masa depannya,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang di bawah kepimpinan Khalid, skuad The City Boys muncul sebagai pencabar terkuat dalam saingan Liga Super termasuk menjuarai Piala Malaysia pada 2021 lalu.

Malah, pada musim lalu KL City mara hingga ke final Piala FA sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Di peringkat Asia pula, KL City hampir mencipta sensasi apabila ke final Piala AFC namun terpaksa akur sebagai naib juara selepas tumbang kepada kelab Oman, Al Seeb.

Bagaimanapun peletakan jawatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu diduga mempunyai kaitan dengan tunggalan gaji pemain.

KL City sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tunggakan gaji selama dua bulan melibatkan Oktober dan November 2023 sebanyak RM2 juta melibatkan pemain serta kakitangan kelab.

Gara-gara masalah dalaman tersebut, Khalid difahamkan sanggup membuat pinjaman peribadi sebanyak RM300,000 bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Bernard pada November lalu.

Namun, selepas membuat pengorbanan dengan melakukan pinjaman peribadi dan mencari beberapa penaja, masalah tunggakan yang menimpa naib juara Piala AFC 2022 itu masih belum selesai sehingga merencatkan persiapan untuk saingan musim 2024/2025.

Peletakkn jawatan Khalid itu akan menyaksikan KLFA kini sedang mencari individu yang sesuai untuk mengisi ‘kerusi panas’ persatuan berkenaan

BACA JUGA ‘Kena ruqyah sikit walaun baru dia sedar’ – Malaysia terbukti nombor satu tarik pelabur