Selepas PMX pulang, Jerman minta Israel buka lebih banyak akses bantuan ke Gaza

Selepas pulangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jerman, negara penyokong utama Israel itu mendesak agar Israel membuka akses bantuan untuk Palestin secara besar-besaran.

Penyataan Canselor Jerman Olaf Scholz ini disampaikan menjelang kunjungan dua hari beliau ke Timur Tengah.

Scholz dijadualkan berkunjung ke Aqaba, pelabuhan Jordan di Laut Merah dan bertemu Raja Abdullah pada Ahad (17/3/2024), sebelum terbang ke Israel untuk bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

“Saat ini diperlukan bantuan dalam skala yang lebih besar tiba di Gaza. Itu juga akan menjadi topik yang akan saya bahas,” kata Scholz pada wartawan, Sabtu semalam.

Penyataan Scholz untuk terus setia dengan Israel telah dibantah secara berdepan oleh Anwar ketika kedua-dua pemimpin negara itu mengadakan sidang media bersama.

“Selepas PMX pulang dari Jerman ini yang berlaku. PMX tak balik tangan kosong. Sekarang kita faham kenapa PMX pilih Jerman, ” ulas seorang penganalisis politik mengenai apa yang berlaku ini.

Kelantangan Perdana Menteri Anwar di Jerman baru-baru ini yang mematahkan pertanyaan berat sebelah oleh sebuah media asing terhadap Palestin bukan sahaja tular di Malaysia, bahkan mendapat perhatian seluruh dunia.

Beliau menjadi bualan di platform X sehingga ucapannya dipetik banyak masyarakat antarabangsa.

BACA JUGA Kelantangan PMX pertahan Palestin di Jerman tular seluruh dunia