MP Paya Besar sambung belajar PhD dalam bidang ini
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah secara rasminya telah mendaftar sebagai pelajar peringkat doktor falsafah di Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT), hari ini.
Katanya, jurusan yang menjadi pilihan adalah Kejuruteraan Kecerdasan Buatan atau lebih dikenali sebagai AI.
“Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu di peringkat PhD dalam bidang Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (Artificial Intellingence).
“Saya secara rasminya pagi tadi mendaftar di Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT),” katanya dalam satu catatan di Facebook beliau.
Bekas Menteri Kewangan I itu turut menzahirkan rasa teruja untuk memulakan perjalanan baharu bergelar mahasiswa.
“Tolong doakan saya!,” pohon beliau dalam catatan di laman sosial itu.
Untuk rekod, Mohd Shahar pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan I dan II pada 2020 sehingga 2022.
Pada 2020 sehingga 2021, beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan II di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Manakala pada 2021 sehingga 2022, beliau memegang jawatan Timbalan Kewangan I sewaktu pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA JUGA: Pendekatan baru demi warga Felda akan diumumkan – Ahmad Zahid