Ke mana pemimpin Pas, masuk gua ke ketika seluruh dunia puji PMX
Oleh AHMAD MURSI
Seharusnya, buat masa ini kita lupakan seketika sengketa politik demi membebaskan bumi suci.
Seluruh dunia puji penegasan PMX di hadapan pemimpin German yang jadi penyokong kuat genosid ketika ini.
Pas senyap seribu bahasa dan cuba tarik perhatian rakyat dengan isu ringgit, Wang Ehsan, bak ku teh dan kantin. Semuanya hal perut dan mulut.
Sebaliknya, DAP telah lebih awal beri sokongan penuh kepada penegasan PMX.
Haji Hadi yang bersikap ‘berkecuali’ semasa menjadi Duta Khas Timur Tengah, mengkritik PMX yang kononnya tidak cukup tegas dan lantang.
PMX dah kritik di ‘depan muka’ Presiden Amerika dan Canselor German, di PBB, memujuk pemimpin-pemimpin egara Arab dan Türkiye dan banyak lagi.
Semasa PMX berucap di PBB, ahli PAS juga yang cuba highlight sisi buruk ucapan PMX dan abaikan mesej penting isu PalestinSyukurlah PMX yang berada di situ dan berdepan provokasi wartawan biadap dengan tenang, fasih, berhati-hati tetapi tegas.
Jika Muhyiddin, Ismail atau Hj Hadi yang diasak, fuhh.. tak dapat dibayangkan.
Berbanding Canselor German, ucapan berani PMX tanpa skrip dan pdf seperti itu hanya boleh lahir dari hati nurani pemimpin yang telah lama berjuang membebaskan Paلسطين.
Kata-kata seperti “Proud to be Malaysian” & “if this is the person that represents malaysia, i’ll be proud” memenuhi komen2 di video ucapan PMX.
BACA JUGA Terima kasih bayar hutang, tapi jangan lupa baki RM2 juta – Bekas pencetak Harakah