Perjanjian CSA dengan pembangkang?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan bahawa perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) tidak ditawarkan kepada blok pembangkang, Perikatan Nasional.

“Tiada. Setahu saya belum ada perjumpaan pun,” katanya, lapor FMT.

Fadillah ialah wakil kerajaan untuk berunding isu peruntukan pembangkang tetapi PN telah menghentikan rundingan dalam bulan November.

Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh telah membuat dakwaan tersebut Jumaat lalu, lapor Utusan Malaysia.

Hari ini pula Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mendakwa ada dua syarat dikenakan oleh kerajaan menyebabkan Bersatu dan Pas menolak CSA berkenaan.

Salah satu syarat yang didakwa Rosol ialah pembangkang tidak boleh mengganggu gugat sebarang usaha kerajaan sehingga PRU16.

Mereka yang melanggarnya akan didakwa di mahkamah.

Enam ahli parlimen PN telah pun mengumumkan sokongan mereka untuk kerajaan.

BACA JUGA: Pendekatan baru demi warga Felda akan diumumkan – Ahmad Zahid