Umno Sabah nak tanding kerusi lebih dalam PRN?

Ketua badan perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin telah memberikan petanda bahawa partinya akan bertanding di lebih banyak kerusi di dalam pilihan raya negeri.

“Kita belum putuskan lagi, namun tidak mungkin kerusi Cina pun kita tanding. Kita akan putuskan nanti,” kata beliau selepas majlis berbuka puasa Umno Sabah semalam, lapor Berita Harian.

Bung yang juga Adun Lamag dan MP Kinabatangan fokus partinya kini adalah kerusi boleh menang.

Umno Sabah telah bertanding 31 daripada 73 kerusi semasa pilihanraya negeri ke-16 pada 2020 dimana ia bekerjasama dengan Perikatan Nasional dan PBS.

“Satu ketika dulu, ada kerusi yang kita pinjamkan kepada orang (parti) lain. Oleh itu kita akan kaji dan jika masih ada peluang untuk menang di kerusi terbabit, kita akan tanding.

Beliau turut mengakui keperluan bekerjasama dengan parti lain dan tidak menolak kerjasama dengan mana-mana pihak untuk merampas kembali kerajaan daripada penguasaan Gabungan Rakyat Sabah.

“Keputusan konkrit belum ada namun saya selalu menyatakan mesti (ada kerjasama) sebab tiada jalan lagi untuk satu – satu parti bertanding dna mendapat kemenangan mutlak.

“Jadi kita kena cari rakan juga untuk PRN akan datang. Namun kita mahu menilai dan membuat analisis terlebih dahulu kerana jika salah mencari rakan, susah untuk pusing balik dan akan rugi lima atau 10 tahun.”

BACA JUGA: Kerjasama GRS-PH perlu diteruskan dalam PRN