Aiman tiada dalam pasukan skuad B-23?

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido menjelaskan bahawa bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tidak dimasukkan ke dalam pasukan untuk saingan Piala Asia bawah 23 bulan depan kerana Arif terlebih layak.

“Kita tidak pernah bercakap tentang Arif kerana dia sudah menunjukkan bahawa dia berada pada tahap yang lebih tinggi.

Beliau menyifatkan, pemain posisi sayap itu sudah berada pada kelas yang berbeza dan telah membuktikan kredibiliti dan reputasinya dengan mengukuhkan namanya bersama skuad Harimau Malaya meskipun di usia muda.

”Arif berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding kita (skuad B-23) apatah lagi dia berada dalam kesebelasan utama skuad senior.

“Sudah tentu pemain seperti ini akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk kita dan kalau dia muncul (bersama skuad B-23), sudah tentu ini satu perkembangan yang bagus untuk pasukan kita juga.

“Tetapi kami tidak merancang (Arif Aiman) dalam skuad akhir kami, kerana kami tidak pernah mendapatkan khidmatnya sebelum ini,” kata Garrido dipetik BH.

Ketika ini, Arif bersama skuad bimbingan Kim Pan Gon untuk mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac ini.