Cloud KBS digodam tapi…
Tiada maklumat peribadi yang bocor susulan godaman pada aplikasi Cloud Kementerian Belia dan Sukan pada 16 Mac lalu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah melaporkan perkara tersebut (penggodaman) kepada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Keselamatan Siber Malaysia sebaik kejadian itu berlaku.
“Kami (KBS) telah mengambil tindakan segera dan buat masa ini keadaannya terkawal melalui beberapa intervensi teknikal.
“Fail yang digodam hanya beberapa fail pentadbiran sahaja… ia tidak melibatkan parti-parti lain atau maklumat peribadi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), lapor Sinar.
Sebelum ini, tular hantaran di platform Telegram oleh kumpulan dikenali sebagai R00TK1T, yang mendakwa telah berjaya menggodam data aplikasi Cloud KBS.