Syarikat insuran tak bayar pampasan jadi tumpuan Dewan Rakyat

Isu syarikat insurans yang menggunakan pelbagai helah untuk tidak membayar pampasan termasuk klausa pengecualian dibangkitkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) kepada Menteri Kewangan dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat.

Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) pula membangkitkan persoalan sama ada Kementerian Pendidikan akan mengembalikan semula kalendar persekolahan seperti dahulu iaitu dari Januari sehingga Disember.

Tan Hong Pin (PH-Bakri) pula meminta langkah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengatasi peningkatan kadar penarikan balik kertas kerja akademik yang tinggi. Contoh yang dikemulalan oalah artikel jurnal berkaitan jong Melayu/

Seusai sesi jawab lisan Menteri Dalam Negeri akan membentangkan RUU Polis 2024 untuk bacaan kali pertama.

Pindaan RUU AUKU dan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 adalah diantara rang-rang undang yang akan dibacakan buat kali kedua.

Selain itu RUU Perbekalan Tambahan 2024 akan dibacakan untuk kali kedua.