Menjawab hujah picisan tentang Belanjawan Terengganu
Oleh LIYANA MARZUKI
Hujah picisan menjawab hantaran saya mengenai Belanjawan Terengganu.
Katanya, RM186 bilion Belanjawan Terengganu itu lebih daripada Selangor sebab campur Belanja Pembangunan sekali. Liyana Marzuki fitnah kami.
Oklah, saya bagi tuan puan semak sendiri.
Ini dari Buku Belanjawan 2024 Terengganu ya.
Sah-sahlah RM1.86 bilion itu hanya Belanja Pengurusan (OPEX) sahaja.
Belanja Pembangunan (CAPEX) pula tiga kali ganda sikit, hanya RM489 juta. Kedua-duanya bukan benda sama ya?
Kalaulah nak terima hujah picisan mereka, RM1.86 bilion itu campur OPEX+CAPEX, tetap sama juga keputusannya.
OPEX Terengganu tetap lagi tinggi dari OPEX Selangor. RM1.37 bilion Terengganu dengan populasi 1.2 juta vs RM1.33 bilion Selangor populasi 7.2 juta.
‘Kan dah ‘kantoi’ spin pun tak jadi. Mereka ingat orang tak mengkaji?
Yang hairan bin ajaib, dalam akhbar, MB Terengganu umum budget hanya takat Belanja Urus (OPEX). Belanja Pembangunan (CAPEX) kenapa tak masuk sama?
Macam negeri lain dan Belanjawan Negara?
Para pempengaruh Pas ni rujuk akhbar bukan sumber utama. Dah pening berspin-spin sana sini.
Nah, saya kasi. Buku Belanjawan yang kalian buat sendiri. http://perbendaharaan.terengganu.gov.my/index.php/ms/sumber/muat-turun
Jangan buat dosa kering kata saya fitnah pula. Harap cermin muka sendiri.
*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.
BACA JUGA Kerajaan Terengganu pimpinan Pas gagal urus belanja negeri