Memahami ekuinoks hari ini
Fenomena ekuinoks berlaku hari ini, 20 Mac 2024.
Ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin, yang bermaksud waktu siang dan malam adalah sama di seluruh dunia iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Matahari akan berada tegak di atas garis Khatulistiwa.
Secara umumnya ekuinoks berlaku dua kali setahun dan menandakan permulaan musim baru di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Di hemisfera utara ia menandakan permulaan musim bunga manakala di selatan ialah permulaan musim luruh.
Ekuinoks kedua pada tahun ini jatuh pada 22 Sept 2024.
Menurut Jabatan Meteorologi fenomena ini memberi kesan minima kepada suhu dan cuaca.
BACA LAGI: Cuaca kering, panas melampaui 35 darjah Celcius