Pemaaf tahap dewa

Oleh NORMAN RADZUAN

Dalam kalangan ahli PKR, mereka sinis kepada Presiden mereka, ‘Pak Sheikh (Anwar) pemaaf tahap dewa.’ Mereka sangat geram sebab Presiden mereka terlalu memaafkan musuh-musuh politiknya.

Anwar mengajar ahli partinya erti kesabaran dalam perjuangan. Kami tidak diajar pendendam, memfitnah, memusuhi kaum lain dan mencuri wang rakyat.

Padahal, beliau mempunyai kuasa boleh saja lakukan seperti yang dilakukan Perdana Menteri sebelum ini terutama di era rejim Mahathir.

Mahathir telah mengaibkan beliau ke seluruh dunia, beliau ditelanjang, dipukul setengah mati dan dipenjarakan bertahun-tahun.

Apabila Mahathir meminta maaf, Anwar terbuka memaafkannya. Apa kata Anwar, “dosa Mahathir kepadanya sudah diampun tapi dosa Mahathir kepada rakyat perlu diadili.” Kalau kita mampu maafkan?… Baru kawan tak bayar hutang dah bermusuh sampai ke mati.

Anwar boleh sahaja arahkan pihak berkuasa untuk menahan individu-individu tertentu tetapi beliau tidak berbuat demikian. Ada kes fitnah yang beliau maafkan walaupun sudah dibawa ke mahkamah.

Kamu fitnah dia beri lagi bantuan-bantuan kepada orang Melayu. Beri bonus kepada kakitangan awam. Beri bantuan kepada petani dan sanggup tidak ambil gaji untuk pulihkan negara.

Zaman dahulu, Anwar ditangkap terus dipenjarakan. Bukan seperti zaman sekarang boleh bebas bertahun-tahun lamanya sambil menanti keputusan mahkamah. Dulu kita menulis kutuk kerajaan polis ketuk pintu rumah.

PM Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada 26 Januari lalu. Kredit: Sadiq

Masih ingat Hadi Awang yang pernah mencercanya di Terengganu. Walaupun kini Anwar sudah menjadi PM, beliau sanggup tunjukkan akhlak yang baik menziarahi Hadi Awang.

Pengikut mereka pula seronok dan ketawakan PMX kerana tujuannya ditolak Hadi Awang.

Sedangkan sepatutnya mereka berasa malu bagaimana seorang bergelar Perdana Menteri yang pernah dihina oleh ketua mereka sanggup merendahkan diri pergi menziarahi Presiden mereka.

Berbalik kepada isu sensitiviti kaum di negara kita. Kita baru diuji dengan bat kut teh, ayat nama Tuhan di stoking, buka kantin sekolah sudah macam kaum Cina hendak menyerang umat Islam secara terbuka.

Nak kita buat gambar Buddha di stoking baru kita puas hati? Nak kita tengok anak Cina makan di stor atau bilik air baru puas hati dan kemenangan untuk Islam?

Apa salah beri penerangan atau menegur dengan akhlak. Berjuang Islam konon baru suruh berhenti rokok ulama kata haram, kau kata halam.

Akhir kata, carilah ilmu Islam itu. Jangan normalisasikan isu perkauman tetapi normalisasikan ajaran Islam yang ditunjukkan baginda Rasulullah SAW.

BACA JUGA Ini 7 jenama gergasi dunia bankrap kerana sombong, nombor 6 Gen Z mungkin dah tak kenal