Harimau Malaya kecundang di tangan Oman
Harimau Malaya kecundang 0-2 kepada Oman dalam perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat awal pagi tadi.
Dengan ini pasukan bimbingan Kim Pan Gon yang sebelum ini merupakan pendahulu Kumpulan D jatuh ke tangga ketiga. Jumlah mata yang diperoleh adalah sama dengan Oman dan Kyrgyzstan – 6 mata. Oman kini pendahulu dan Kyrgyzstan, kedua.
Gandingan penyerang Issam Al Sabhi dan Muhsen Al Ghassani dalam separuh masa kedua menghasilkan kemenangan untuk Oman.
Pasukan yang dilatih Jaroslav Silhavy mendominasi separuh masa pertama tanpa menghasilkan gol. Dua percubaan pertama tidak membuahkan hasil.
Gol pertama Oman terhasil pada minit ke 58. Harimau Malaya bangkin dengan tandukan Corbin -Ong pada minit ke 61 tetapi ia sekadar menggegarkan palang gol.
Jaringan Paulo Josue pada minit ke 81 pula terbatal kerana ofsaid.
Tujuh minit kemudian Oman mengukuhkan kedudukan dengan gol oleh Muhsen.
BACA JUGA: AI akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah