‘Institut memandu pau, kita batalkan lesen’

Institut memandu yang mengamalkan rasuah yang dikenali juga sebagai ‘pau’ akan berdepan kemungkinan lesen perniagaan dibatalkan.

“Saya memang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau kita dapat tangkap mana-mana institut memandu yang terlibat dengan budaya ‘pau’ ini, saya tidak akan teragak-agak..

Bukan lagi gantung satu atau dua bulan, tapi kita tarik balik lesen. Kalau ada (amalan) ‘pau’ ini, institut memandu itu kena ‘tapau’ (bungkus),” tegas Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu sedutan video dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Pembatalan lesen terbaksa diambil untuk berlaku adil kepada semua pihak.

“Nanti ada yang kata institut memandu itu ‘bersih’, tapi ada ‘pau’. Ramai pelajar pergi sana.. sana boleh dijamin lulus.

“Saya nak bagitahu bahawa benda ini saya nak buat betul-betul. Saya tidak tahu berapa lama saya boleh jadi (menteri).. dulu jadi menteri untuk tempoh dua tahun sahaja, sekarang tak tahu berapa lama.

“Tetapi selagi saya duduk sebagai Menteri Pengangkutan, saya nak buat sesuatu yang boleh memberikan kesan positif kepada negara dan masyarakat,” ujar Loke lagi.

BACA JUGA: Tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ditolak