Persepsi Islam terancam Pas untuk sensasikan isu

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan persepsi Islam terancam yang dimainkan Pas, hanyalah sekadar untuk sensasi.

Katanya, gambaran tentang Islam terancam sebenarnya berlaku di setiap tampuk pemerintahan sesuatu parti politik itu.

”Pemerintahan Barisan Nasional (BN), pemerintahan Pakatan Harapan (PH) 1.0, pemerintahan sekarang dan siapa pun nanti yang jadi kerajaan, itulah masalah (persepsi Islam terancam) yang akan timbul.

”Cuma kita pelik bila kita kaji.. mai mana punca dia ni? Rupanya mai daripada Pas.. itu punca dia (persepsi Islam terancam).

”Zaman BN (masa itu saya Pas) Pas juga yang mainkan isu agama ini.. walaupun saya tenggelam dengan isu tersebut, tetapi saya lebih bermatlamat.

”Contohnya dalam Parlimen apabila berbahas kita ada objektif.. kita tak main isu-isu yang emosi,” katanya dalam rancangan bual bicara menerusi platform UMNO Online.

Menurut Mujahid lagi, apabila PH menjadi kerajaan, Pas masih dilihat memainkan isu yang sama.

”Lepas itu bila UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, Pas juga yang main isu agama.

”Tapi tak apa.. perkara itu bagi saya bukan satu isu yang boleh dikategorikan sebagai Islam terancam.. tetapi ia lebih kepada mensensasikan,” ujar beliau yang juga bekas Menteri Agama.

BACA JUGA: Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas