Seusai pengebumian, kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu akan diumumkan

Kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu akan diumumkan seusai urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong selesai.

Pejabat Speaker DUN Selangor Lau Weng San mahu memberikan ruang kepada keluarga Lee menguruskan upacara pengebunian mendiang.

“Akan diuruskan sesudah mendapat dokumen daripada keluarga mendiang. Buat sementara ini, biar ahli-ahli keluarga uruskan jenazah dulu,” menurut pejabat berkenaan, lapor Berita Harian.

Kee Hiong, 58, yang ADUN Kuala Kubu Baharu untuk penggal ketiga sejak 2013 meninggal dunia pagi semalam selepas bergelut melawan kanser.

BACA JUGA: YB Kuala Kubu Bharu meninggal dunia