Syor kewarganegaraan oleh KDN dibatalkan

Jemaah menteri telah membatalkan syor Kementerian Dalam Negeri berkenaan hak memberi kewarganegaraan kepada bayi terbuang yang dijumpai. Ia merupakan sebahagian pemansuhan seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1 (e) dalam jadual sama.

“Kabinet tadi bincang hari ini. Saya telah membuat pembentangan kepada jemaah menteri,” kata Menteri Dalam Negeri, lapor Malaysiakini.

“Kesemua cadangan pindaan setelah kita mengambil kira pendapat semua pihak termasuk perdana menteri sendiri dengan membuat perbincangan dengan ketua-ketua komponen dan juga ketua-ketua whip Kerajaan Perpaduan.

“Cadangan yang dibentangkan KDN semuanya dipersetujui. Melainkan satu iaitu Seksyen 19B Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama Seksyen 14 (1) akan dikekalkan, seperti mana sebelum cadangan diangkat oleh KDN,” katanya kepada pemberita hari ini.

Syor pindaan KDN pada asalnya bertujuan menukar pemberian kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang kepada kuasa menteri.

Dengan pembatalan ini kanak-kanak terbuang yang dijumpai mesti didaftarkan untuk memohon kewarganegaraan.