Tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ditolak

Mesyuarat jemaah menteri hari ini memutuskan untuk menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Tawaran tersebut ditolak berdasarkan faktor keweangan dan ekonomi.

Kementerian Belia dan Sukan yang mengumumkan perkara ini menyatakan tawaran £100 million oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) tidak mencukupi untuk menjadi tuan rumah acara sukan ini.

Tambahan pula manfaat ekonomi tidak dapat ditentukan dalam tempoh masa singkat.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF kerana menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

“Walau bagaimanapun, kerajaan mahu menumpukan fokus terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” kata kementerian tersebut.

BACA JUGA: Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas