‘Perpaduan hadiah paling bermakna buat beta’

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa perpaduan berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat baginda.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua buah tangan yang diterima.

“Namun, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum kerana ia merupakan kunci kepada kemakmuran negara.

“Di Johor, saya sering menitikberatkan konsep Bangsa Johor yang kekal diamalkan sejak sekian lama dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

“Konsep Bangsa Johor adalah satu contoh yang baik, serta tunjang perpaduan dalam kalangan masyarakat,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Baginda berkata demikian sempena hari ulangtahun keputeraan rasmi baginda hari ini.

BACA JUGA: Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas