Yayasan Ikhlas menyasarkan 25,000 penerima manfaat disantuni melalui kempen Kasih Ramadan- Bilal Jailani
Gambar: Program Kempen Kesedaran Jalan Raya Ramadan Dan Syawal 2024 Bersama Ustaz Bilal Jailani, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas. Turut hadir Dr. Muhammad Marizwan Abd Manan Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatn Jalan Raya (REER) MIROS dan Datin Radzimah Mohd Radzi Pengurus Besar Kanan ANIH Bhd. di Plaza Tol Gombak Selangor. 22 Mac 2024 (Jumaat)
Yayasan Ikhlas melalui Kempen Kasih Ramadan merupakan tahun ke 10 serta mengedarkan 300 Pek Ramadan ‘on-the-go’ berupa pelbagai jenis bantuan, seperti Pek Ramadan yang mengandungi barang keperluan dan makanan asas, pek sahur dan kelengkapan raya kepada pengguna jalan raya
Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya ini adalah salah satu usaha kolaboratif Yayasan Ikhlas bersama ANIH Berhad pengendali Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang sama-sama berusaha menangani isu-isu keselamatan jalan raya. Kami ingin menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada inisiatif ini.
“Di bulan Ramadan yang penuh berkat ini, marilah kita mengukuhkan rasa kasih sayang, peduli dan bertanggung jawab terhadap satu sama lain dengan memastikan keselamatan perjalanan kita bersama,” kata En Bilal Jailani, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas. “Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya adalah langkah kecil tetapi bermakna dalam menyumbang kepada masyarakat yang lebih selamat dan harmoni. Dalam semangat Kempen Kasih Ramadan dengan tema ‘Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya’, kami berharap agar setiap langkah kecil ini dapat memberikan manfaat sebesar-besarnya kepada masyarakat.”
Kami mengajak semua pihak untuk turut serta dalam kempen ini dengan mengamalkan tindakan yang menyelamatkan nyawa semasa memandu dan menyebarkan kesedaran kepada orang lain. Bersama-sama, kita mampu menjadikan perjalanan pulang ke kampung halaman lebih selamat dan membahagiakan semua” tambah beliau. Turut serta dalam kempen Dr. Muhammad Marizwan Abd Manan Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatn Jalan Raya (REER) MIROS dan Datin Radzimah Mohd Radzi Pengurus Besar Kanan ANIH Bhd.