KK Mart, pembekal stoking dihadap ke mahkamah esok pagi

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) akan berdepan tuduhan esok berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Dilaporkan, bekas pembekal kedai serbaneka itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan (KK).

Sejak 13 Mac lalu, negara digemparkan dengan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka tersebut.

Isu yang menyentuh sensitiviti Islam sebagai agama Persekutuan negara ini turut mengundang kemurkaan Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

BACA JUGA Orang Kelantan paling ramai daftar PADU