“Mana hati perut hangpa?”, lelaki kesal Sanusi label pekerja KAHB sebagai lintah

Keceluparan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang melabel pekerja Kedah Agro Holdings (KAHB) sebagai lintah ‘menghisap darah’, amat dikesali.

Salah seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun Ikhwan Razak berkata, kakitangan anak syarikat MBI bukan hamba yang sesuka hati boleh dibodohkan.

Dia juga mempersoal di mana hati perut wakil rakyat Pas itu yang tidak rasa bersalah menyebabkan 24 orang pekerja tidak mendapat gaji selama 9 bulan, bahkan dituding pula semua kesalahan kepada mereka.

“Yang aku tak faham ni, mana hati perut hangpa. Depa tu bukannya sukarelawan. Depa tu pekerja, bayaqlah gaji depa.

“Depa tu bukan “Pak Yik” (kuli hamba) yang boleh dibodohkan, boleh buat macam kuli. Depa tu tuntut gaji saja.

“Lepastu hang nak salahkan depa buat kerja tak bagus, lintah lah hang kata. Hangpa nak pelepas diri tak mau bayaq gaji, hangpa kata depa tak reti buat kerja.

“Mana ada dalam sejarah majikan salahkan pekerja sebab syarikat nak bankrap,” katanya.

Sejak semalam tular video ucapan Sanusi yang dikongsi banyak kali berkenaan kakitangan KAHB yang dilabel sebagai lintah.

Sanusi berkata, mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang tidak boleh menyumbang kepada kerajaan, dan menghisap darah perlu ditutup.

Beliau turut mempertikai cara kerja kakitangan KAHB yang didakwa bekerja dari rumah sejak Ogos tahun lalu kerana cara itu tidak akan membantu syarikat berasaskan pertanian itu menjana pendapatan.

“Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah,” katanya.

Dalam pada itu, individu itu meluahkan rasa tidak puas hati mengapa Sanusi tidak menghentikan operasi KAHB jika benar kakitangannya tidak menjalankan kerja dengan baik sejak awal.

Dia menganggap Sanusi hanya beralasan untuk mengalihkan kesalahan itu kepada orang lain.

“Gaji tu hak. Kerja bagus ke tak bagus, kena bayar. Kalau depa kerja tak bagus, awat tak tutup dari tahun 2020. Hang kata nak tutup, haa pasaipa hang tak tutup.

“Tiba-tiba 2023 ada masalah gaji hang nak salahkan depa kerja tak bagus. Kalau depa kerja tak bagus, CEO buanglah depa. Terminate depa..,” ujarnya lagi.

“Yang kedua ni hang duk kata salah Umno. Aku nak tanya, masalah gaji ni zaman Umno ka zaman hang. Kalau bermasalah zaman Umno, kenapa gaji tetap bayaq. Zaman hang yang gaji tak bayaq,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Saf pertama pun nak ‘cop’, ingatkan parking je – Terkejut baca peringatan warga emas ini