Saf pertama pun nak ‘cop’, ingatkan parking je – Terkejut baca peringatan warga emas ini
Selepas tular isu jemaah wanita enggan merapatkan saf, heboh pula kisah ‘cop’ saf pertama oleh seorang warga emas lelaki.
Individu berusia 68 tahun yang dipercayai tinggal di Shah Alam, Selangor itu memberi peringatan kepada jemaah solat tarawih agar tidak sewenang-wenangnya duduk di saf pertama.
‘Special memo’ daripada Rahman Ariffin itu dilihat menarik perhatian warga maya terutamanya kaum lelaki dengan lebih 4,500 tanda emoji setakat ini, paling banyak ketawa.
Rata-rata menyifatkan kenyataan Rahman itu menyimpang jauh daripada hadis fadilat saf pertama selain mirip seperti gejala ‘cop parking’.
“Ibadah ni bukannya ikut suka kepala kamu.
“Bahkan, masjid bukan hak milik persendirian kamu. Ia adalah hak milik seluruh umat Islam.
“Barangsiapa yang datang awal dan memenuhi saf yang paling hadapan, maka itulah haknya dan tempatnya,” tulis pengguna Facebook, Fawaz Fathil.
Berikut tulisan Rahman Ariffin yang tular dengan ejaan dan bahasa rojak warga emas berkenaan dikekalkan:
Special memo untuk kawan-kawan yang kaki solat tarawih tiap malam different masjid (masjid hoppers).
- Duduk saf pertama memang sebaik-baik tempat dalam masjid/surau. Tapi you kena ingat, it’s not your masjid.
You tak tau budaya dan amalan kat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau spot kosong je, you terus nak celapak duduk kat saf pertama.
- Mungkin saf pertama tu, walaupun you nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya.
(i) Spot tu dah dikhaskan untuk penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas. So you don’t simply go and nicely sit there! Malu je nanti kena halau secara halus (“Bang, maaf, ni Imam 3 punya tempat”).
(ii) Spot yang nampak kosong tu, actually dah ada penghuninya. Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampong tu. Dia tu memang dah duduk spot tu tiap waktu solat fardhu, solat Jumaat, solat Raya, segala solat. Cumanya at that time dia gi toilet ke, gi minum ke.
- So, sebagai pendatang, sebagai orang dagang, you gi lah duduk kat saf kedua, atau saf-saf lain. Seperti kata orang-orang dulu,
“…anak dagang di rantau orang, pandai-pandai membawa diri..”
BACA JUGA “Sanusi, hang memang berdosa pasal 9 bulan gaji tertunggak”