Apa jadi pada siasatan SPRM terhadap PN dan wang judi dalam kempen PRU15?

Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Perikatan Nasional (PN) yang didakwa menerima habuan perjudian telah dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan kes ini telah diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kajian dan arahan Timbalan Pendakwa Raya berkenaan hasil siasatan dan dikembalikan kepada SPRM untuk tindakan siasatan lanjut,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Justeru, SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut berdasarkan subseksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyatakan bahawa mana-mana siasatan tersebut hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang sehingga orang tertuduh tersebut dipertuduh di mahkamah.

“Tindakan ke atas perbuatan jenayah termasuk siasatannya tidak mempunyai apa-apa had masa.”

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Kes ini adalah berikutan dakwaan bahawa PN telah mendapat dana syarikat perjudian untuk kempen pilihan raya mereka dalam pilihan raya umum ke-15.

BACA JUGA: SPRM buka kertas siasatan aduan PN terima dana judi