Ini 4 fokus utama Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk meneruskan aspirasi dalam menjamin bekalan makanan dalam negara mencukupi.
Video di TikTok @semakfakta menyebut bahawa Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu telah menetapkan empat fokus utama kementerian yang akan diberikan keutamaan tahun ini.
Empat fokus utama itu adalah seperti industri padi, bawang, ayam dan telur serta nanas.
“Datuk Seri Mohamad Sabu serius mahu meningkatkan produktiviti padi dalam negara.
“Sebelum ini, kita hanya mampu menghasilkan 62 peratus beras putih tempatan untuk kegunaan rakyat.
“Alhamdulillah, tahun lepas di Kampung Lat, Perlis kita telah berjaya memperolehi 10.45 tan metrik per hektar.
“Manakala di Terengganu, kita berjaya memperolehi tujuh metrik tan per hektar,” kata video itu.
Menurut @semakfakta lagi, bagi meneruskan iltizam mencukupkan beras dalam negara tahun ini, menteri juga telah memperkenalkan gelombang padi yang akan dibuat di seluruh negara.
Katanya, gelombang padi itu akan dipandu berdasarkan lima strategi pembudayaan inovasi nasional keterjaminan agro makanan rakyat yang disebut sebagai PINTAR.
“Gelombang padi pertama bermula pada Januari 2024 dengan lawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekinchan.
“Baginda hadir untuk melihat sendiri bagaimana proses penamanan padi ala Sekinchan dilakukan,” katanya lagi.
BACA JUGA Peniaga rugi jual ayaq pun, bayar gaji, inikan pula MB Kedah