YADIM akan buat laporan polis terhadap Ganesparan Nadaraja

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan membuat laporan polis pada jam 2.30 petang ini di Balai Polis Tampoi, Johor ekoran satu video berunsur perkauman.

Menerusi kenyataan media yang diedarkan di aplikasi Whatsapp, laporan polis itu dibuat terhadap video oleh Ganesparan Nadaraja yang membuat kenyataan berunsur perkauman di TikTok.

“Yang DiPertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama Pengarah YADIM Negeri Johor akan membuat satu laporan polis.

“Satu sidang media akan diadakan kemudian,” maklum kenyataan itu.

Lanjut menyusul