Ahmad Rejal Arbee ‘pergi’ 2 pagi tadi

Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini, menurut isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

“Innalilahi wainna ilaihi rojiun.

“Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada jam 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Rejal, 84, adalah bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH).

Ahmad Rejal menjawat jawatan Pengarang Kumpulan BH bermula 1998 hingga 2003.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

BACA JUGA Nanas MD2 Malaysia masuk ke pasaran Jepun