Ini cara hilang mengantuk semasa solat Tarawih

Perasan tak kadang-kadang selepas berbuka puasa, badan kita terasa lemah walaupun sudah menikmati pelbagai juadah sehingga rasa nak tertidur.

Bila sudah rasa lemah atau mengantuk, mulalah rasa nak baring-baring sekejap selepas kekenyangan.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di platform TikTok yang menunjukkan cara-cara untuk menghilangkan mengantuk ketika mengerjakan solat Tarawih.

Video berdurasi satu minit 35 saat itu menunjukkan seorang petugas di sebuah masjid memberikan tips kepada jemaah yang hadir di rumah ibadat itu.

Menurut petugas itu, pertama sekali jemaah perlu memusingkan badan ke arah sebelah kanan dan memicit bahu rakan-rakan selama 30 saat.

Kemudian, ulangi langkah yang sama namun kali ini ke arah yang berbeza iaitu ke sebelah kiri pula, juga selama 30 saat.

Dalam video itu, dapat dilihat suasana di dalam masjid itu dipenuhi dengan ketawa oleh jemaah yang dilihat ‘segar’ selepas melakukan latihan berkenaan.

Video itu turut dilengkapi dengan kapsyen ‘bagus juga excercise ringan itu.. dapat merapatkan ukhuwah sebab ada yang kita tak kenal’.

BACA JUGA KJ buatlah parti ‘Baju Melayu’