Wanita Melayu calon DAP KKB?
DAP Selangor mengesahkan bahawa ia belum memuktamadkan senarai pendek calon yang akan dicalonkan di dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Terdapat ura -ura bahawa DAP akan mengetengahkan calon wanita Melayu untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han mengesahkan senarai pendek belum dimuktamadkan, lapor FMT.
Calon wanita tersebut yang tidak dinamakan ialah seorang ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
PRK akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Lee Kee Hiong yang memasuki penggal ketiga sebagai ADUN.
KKB ialah sebuah DUN di bawah parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 46 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina dan 18 peratus India dan lain-lain 5 peratus.
Ng bagaimanapun menidakkan kemungkinan pencalonan calon Melayu adalah disebabkan oleh majoriti pengundi Melayu.
“Semua wakil rakyat kerajaan perpaduan mewakili seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, begitu juga calon bakal bertanding.”
BACA JUGA: YB Kuala Kubu Bharu meninggal dunia