Bantuan khas kewangan BKK Aidilfitri untuk penjawat awam gred 56

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah mulai 5 April, hari Jumaat.

Penjawat lantikan kontrak akan turut menerima bantuan kewangan tersebut.

“Kerajaan bersetuju salur sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

“Sekali lagi peguam negara terlepas.

“(Ini) termasuk lantikan kontrak,” umum beliau.

Selain itu, bantuan sebanyak RM200 akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Anwar membuat pengumuman ini dalam sesi perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri pagi tadi.

BACA JUGA: Pentingnya politik etika