Pentingnya politik etika
OLEH WAN JI WAN HUSSIN
Ibn Khaldun kata, manusia adalah makhluk berpolitik secara tabiat.
Politik adalah soal mengurus dan menyusun.
Politik dianggap penting, kerana manusia dicipta tuhan dalam kepelbagaian.
Kepelbagaian bangsa, anutan agama dan mazhab, serta kepelbagaian dalam menanggapi sikap dan kepentingan.
Setiap manusia ada kepentingannya.
Dengan kepentingan, manusia boleh berbalah.
Berbalah kerana berebut, siapa yang dapat mencapai kepentingan tersebut.
Dengan sebab itu, Plato menanggapi politik perlu disertai dengan etika. Tanpa etika, objektif politik untuk menyusun tidak akan berjaya.
Dalam wacana Islam, etika boleh dibentuk menerusi agama. Tajuk khusus untuk etika, dalam bahasa orang salafi disebut tazkiyah al-nafs. Dalam bahasa orang Asya’irah disebut tasawwuf.
Dengan agama, sepatutnya agenda menyusun masyarakat akan mampu dilaksanakan.
Namun, kenapa tidak berjaya? Bahkan manusia boleh semakin bergaduh dan berbalah dengan agama?
Mungkin tidak salah saya umpamakan begini.
Kalau pisau berada di tangan pembunuh, ia adalah amat negatif. Tetapi, pisau akan jadi positif jika ia berada di tangan tukang masak yang mahu masak sayur di dapur.
Pembunuh adalah manusia yang tidak bertanggungjawab dengan pisau. Maka demikian juga agama, apabila ia dikemukakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan agamanya.
Wan Ji Wan Hussin turut menulis menggunakan nama samaran Herjunot Ali di Facebook.
BACA JUGA: SSI Kedah disaman, RM310 juta dituntut
Â