Cikgu pencen ‘kantoi’ buat tulisan budak, terdesak sungguh hasut jangan isi PADU
Seorang guru pencen ‘kantoi’ buat tulisan budak yang antara lain konon memberi semangat kepada si ayah supaya tak perlu harapkan bantuan kerajaan.
Dia berkongsi coretan motivasi ‘murid’ itu dalam Grup Kami Guru Malaysia (KGM).
Namun, rata-rata komuniti guru dalam kumpulan tersebut mempertikaikan tulisan itu milik seorang kanak-kanak.
Antaranya, seorang guru berpendapat niat sebenar individu yang mengada-adakan coretan itu hanya mahu menghasut orang ramai supaya tidak mendaftar dalam PADU yang berakhir kelmarin.
“Kononnya nak suruh maki kerajaanlah. Tapi kita yang guru tahulah beza antara tulisan budak dengan tulisan yang dibuat buat.
“Grup lain bolehlah mereka percaya benda ni tapi grup ni jangan haraplah,” kata guru berkenaan.
Semakan mendapati imej tulisan itu dikongsi seorang pesara guru yang tinggal di Pulai Chondong, Kelantan iaitu negeri kedua paling ramai rakyat berusia 18 tahun dan ke atas
mendaftar PADU iaitu 65.2 peratus.
Rata-rata menganggap tulisan itu terhasil daripada tangan kurang dominan lazimnya tangan kiri.
Malah, menambah lagi keraguan ketulenan tulisan itu daripada seorang murid apabila gambar yang turut dikongsi kelihatan sudah lama.
“Macam-macam cara mereka (pembangkang) guna supaya semua rakyat benci kerajaan. Kreatif sungguh… 😁🤣
“Sampai setara tu jihad siyasi.
“Gambar anaknya pun dah kuning. Rasanya anak dia dalam gambar tu pun daftar PADU sebab dah besar.
“Cikgu pencen ni. Tarik (duit) pencen baru ada akai.
“Tulisan terketar-ketar gitu… tengok pun tau.
“Tulisan dengan fikiran orang dewasa ni guna tangan kurang dominan.
“Tengok pun tahu guna tangan kiri,” demikian pendapat dan sindiran warga maya.
Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan seramai 17.65 juta membabitkan 58.7 peratus daripada rakyat negara ini mendaftar PADU.
Selain Kelantan dan Perlis di tangga pertama dengan 66.9 peratus, tiga lagi tertinggi paling ramai mendaftar PADU ialah Terengganu (62.7 peratus), Perak (60.3 peratus) dan Pahang (59.7 peratus).
BACA JUGA ‘Alhamdulillah tak pernah rasa macam ini’, pekerja ‘gomen’ seronok dapat duit raya RM500