Lepas gigih ‘meracun’, penyokong PN pun termakan, tapi penghasut sendiri daftar PADU

Tular perangai keji cytro PN yang sebelum ini gigih ‘meracun’ rakyat agar mengabaikan Pangkalan Data Utama (PADU) tetapi akhirnya penghasut sendiri mendaftar dalam sistem itu.

Cytro pembangkang, @Solisidtor menerusi laman X memberitahu dia akhirnya membuat keputusan untuk mendaftar PADU.

Bahkan, katanya, dia mengajak semua ahli keluarga dan sebelah mertuanya untuk berbuat demikian.

“Mengejutkan, masih ramai yang tak daftar lagi rupanya. Tapi sebab saya ajak mereka, mereka daftar.

“Saya harap pelaksanaan pemberian subsidi ini akan adil untuk golongan M40,” tulisnya di X, pada hari terakhir pendaftaran PADU, kelmarin.

Penyokong pro PN itu sebelum ini kerap menyerang kerajaan, terutama berhubung isu PADU dengan menggembar-gemburkan bagaimana pendaftaran pada sistem tersebut mencatatkan peratusan yang rendah.

Perangai menghasut itu tetapi dia sendiri akhirnya menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama seramai 17.65 juta rakyat negara ini mendaftar sistem PADU mengundang kecaman.

“90% kenalan tak isi pun. Iya hasil hasutan syaitan (baca: PN).

“Yang tukang hasut pakai kereta mewah, yang termakan hasut beras nak beli pun payah.

“Nak tengok berapa ramai yang bising bila tak dapat bantuan bulanan skim PADU nanti. Mesti ramai yang bising-bising tu termakan hasutan walaun. Padahal walaun tu dah daftar PADU dan dapat bantuan,” demikian komentar warga maya.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan seramai 17.65 juta membabitkan 58.7 peratus daripada rakyat negara ini mendaftar PADU

Perlis mencatatkan negeri yang paling ramai mendaftar (rakyat berusia 18 tahun dan ke atas) iaitu 66.9 peratus diikuti Kelantan (65.2 peratus), Terengganu (62.7 peratus) dan Perak (60.3 peratus).

Selain itu, negeri lain iaitu Johor mencatatkan 48.4 peratus, Kedah (58.9 peratus), Melaka (53 peratus), Negeri Sembilan (56.2 peratus), Pahang (59.7 peratus), Pulau Pinang (52.9 peratus), Selangor (44.5 peratus), Sabah (52.8 peratus) dan Sarawak (46.7 peratus).

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 47.6 peratus, Labuan (55.2 peratus) dan Putrajaya (56.5 peratus).

BACA JUGA ‘Pasti ramai mengamuk jika bukan Islam buat klip tarian raya songsang’