Walaun raikan kekalahan Erdogan yang perjuang Palestin

Pengguna TikTok Harun Mohd Shah mendakwa walaun di Malaysia berseronok meraikan kekalahan parti pimpinan Presiden Tecep Tayyip Erdogan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Hamas.

Pilihanraya peringkat kerajaan tempatan di Turki menyaksikan kekalahan parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) pimpinan Presiden Tecep Tayyip Erdogan di tangan parti pembangkang, Parti Rakyat Republik (CHP).

Sejumlah 14 daripada 30 kawasan bandar dan 35 daripada 81 perbandaran jatuh ke tangan CHP.

“… masih mencela Erdogan kerana mengatakan Turki tidak terlibat secara aktif. Tuan-tuan tahu apa hukuman yang diterima Erdogan? Erdogan kalah teruk di semua kerusi-kerusi yang disokong oleh Muslim sekular.

Rakyat Turki marah kerana Erdogan bertindak menjarakkan ekonomi Turki dengan Israel. Maka semalam pilihan raya, Erdogan kalah teruk.

Yang menang adalah parti sekular moden yang pro-Israel.

“Kadang-kadang saya tengok page, admin pun bangang, yang follow pun bangang. Mereka tuduh Erdogan sebagai seorang yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam pendirian Turki menentang Israel padahal Erdogan ambil langkah yang banyak.

“Dia kalah banyak di kawasan yang sebelum ini adalah kubu kuat AKP.

“Dengan menangnya CHP, parti sekular Turki yang tak mahu Turki menjarakkan hubungan dengan Israel.

“Bagi mereka yang tak faham, hari ini adalah hari paling mendukacitakan bagi mereka yang selama ini menyokong Erdogan selama ini sebagai salah satu kuasa terdekat yang menentang dan memboikot Israel dalam banyak perkara yang beri perlindungan kepada Hamas.

“Ia satu daripada empat negara di mana Hamas mendapat perlindungan. Pemimpin Hamas dan al-Qassab di bumi Palestin berada di Turki kerana Turki antara negara penyokong Palestin yang iktiraf Hamas.

“Jadi sekiranya tidak diselamatkan oleh pilihanraya di mana Erdogan melepasi dua pusingan kerana gagal kumpul majoriti mudah 50% dan pusingan kedua majoriti mudah 51%, sangat tipis.

“Hari ini rakyat liberal sekular telah mengundi ramai-ramai menyebabkan calon pro-Palestin, pro gerakan Turki untuk menjarakkan diri dari Israel dan menjadi suara paling lantang menentang Israel di peringkat antarabangsa menyebabkan Erdogan terpaksa bayar hukuman di mana rakyat sekular liberal Turki memilih untuk tidak menyokong calon AKP pro-Palestin.

“Kalau faham geopolitik, tak adalah buka page yang menimbulkan fitnah.

“Kalaulah sekarang pilihanraya presiden dilaksanakan di mana dasarnya menyebabkan ekonomi Israel susah , Erdogan isytihar permusuhan terbuka.

“Ini menyebabkan negara Eropah pro-Israel menyisihkan Turki.

“Bila hilang kepentingan duniawi, liberal mula memprovokasi dan mereka dapat banyak sokongan.”

Harun mendakwa kekalahan Erdogan di kawasan konservatif adalah kerana kebangkitan liberal sekular.

BACA JUGA: 27 tahun dalam buruan, warga emas ditahan