“Terbakarlah engkau di alam kubur!” – Ini rupanya punca adik Azmin Ali berang

Heboh adik kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berang selepas terbeli air tebu basi di bazar Ramadan Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali berharap peniaga air tebu terbabit terbakar di alam kubur dan merangkak di Padang Mahsyar.

“Kepada penjual air tebu di tengah-tengah bazar Bangsar Baru, azablah engkau dalam alam kubur.

“Merangkaklah engkau di Padang Mahsyar cari Diva AA. Sebab… harga dah lah RM10.

“Terbakarlah engkau di alam kubur dan merangkaklah engkau mencari Diva AA. Air tebu basi kau jual!”

Rasa najis ye! Air tebu basi yang dijualnya,” sumpah seranah Diva AA menerusi rakaman video yang tular di media sosial.

Umum tahu, Diva AA bergaduh dengan abangnya, Azmin, malah pernah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai ‘salah laku’ abangnya.

Azwan pernah menegaskan bahawa dia mengetahui banyak rahsia abangnya.

“Dosa kamu (Azmin) di tangan saya,” dakwanya semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam PRU pada 2018 itu, Diva AA bertanding sebagai calon Bebas menentang Azmin.

Pada 2022, Diva AA mengumumkan sekali lagi bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU15 di Parlimen Gombak melawan Azmin tetapi kemudian menarik diri.

Walaupun hubungan adik beradik itu keruh, Azwan kerap menyatakan hasrat untuk berbaik semula dengan abangnya setiap kali menjelang Aidilfitri.

BACA JUGA Fitnah terhadap DAP, laporan polis akan dibuat

Â