Ucapan terbaik PMX balik kampung – Dari harga ayam hingga kes stoking

Perdana Menteri dalam lawatan kerja seharinya di Pulau Pinang menyampaikan ucapan terbaik semasa Majlis Berbuka Puasa Madani di Pusat Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengupas beberapa isu panas yang sengaja dimainkan dalam naratif pembangkang dari harga ayam hingga kes stoking tertera kalimah Allah.

Berikut sedutan hujah PMX:

“Dia (pembangkang) kata sekarang ini harga barang semua mahal. Guna politik cakaplah yang benar.

“Minyak kamu dulu RM40-RM50. Telur kadang-kadang tidak ada. Ayam melambung naik.

“Sekarang, Alhamdulillah. Saya pergi pasar, harga ayam tak naik. Kerana apa? Ketegasan kita. Kita kawal (harga).

“Kita tak tunduk kepada kartel. Ini (pembangkang) bercakap berdegar-degar soal Islam, Melayu tapi kalau takut kepada kartel.

“Kamu biar rasuah bermaharajalela.

“Kamu guna projek-projek Bumiputera, kamu sakau bagi pada bukan Bumiputera. Saya tiada masalah bagi pada bukan Bumiputera.

“Buat apa umum itu syarikat Bumiputera tapi bagi pada bukan Bumiputera? Penipuan ini tidak boleh diteruskan.”

BACA JUGA Pemilik Rumah Mesra Rakyat dibantu rancang pewarisan