Pulak dah… Bintang remaja Manchester United nafi neneknya dari Selangor

Pemain Akademi Manchester United, Ethan Wheatley tampil nafi memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Dia yang dilahirkan di Stockport berkata, laporan mengaitkan beliau dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.

“Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, pemain bahagian serangan berusia 18 tahun itu menjadi topik perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ethan Wheatley

Ia susulan laman pencarian bakat mendakwa Wheatley mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.

Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama United pada Januari, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian Pengurus Pasukan Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari lalu.

Pada masa ini, pemuda berkenaan menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun United dan dilaporkan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun The Red Devils.

Dia berjaya meledak lima gol dalam enam perlawanan di U18 Premier League 2023/2024.

BACA JUGA Kes KP UMNO dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan