Apa khabar Widad yang dapat banyak projek di Kedah?

Syarikat pelaburan sektor pembinaan dan pengurusan perkhidmatan kemudahan, Widad Group Berhad yang pernah gah memperoleh banyak projek di negeri Kedah hari ini nazak.

Setakat 5 April, nilai sahamnya menjunam 83.67 peratus.

Rakyat Kedah pasti kenal nama Widad.

Nama Widad tertera pada jersi bola pasukan Kedah pada tahun 2021.

Widad juga dapat projek Langkasuka Langkawi bernilai RM40 bilion. Projek pembangunan bercampur ini usaha sama dengan Bin Zayed International di kawasan seluas 2000 ekar sepatutnya bermula dengan pecah tanah pada suku kedua 2022.

Widad juga mendapat kontrak menaik taraf dua loji rawatan air. Salah satunya di Bukit Selambau. Projek ini diperoleh pada 2021 menerusi anak syarikat Widad Builders Sdn Bhd bernilai RM129.4 juta dan sepatutnya siap pada 2 Disember 2023.

Apa sudah jadi dengan projek-projek di atas?

Jersi pasukan bola Kedah kini ditaja oleh Bin Zayed International.

Hasil projek Langkasuka masih tak nampak apa-apa.

Projek loji rawatan air sudah lewat dan menyumbang kepada masalah tidak cukup air di Kedah.

BACA JUGA: Pertarungan di Kuala Kubu Baharu: Siapa lawan siapa?