‘Isham Jalil barua siapa?’

Isham Jalil jadi barua siapa?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh pengarah komunikasi Umno Datuk Lokman Adam dalam video terbaru ekoran siri tohmahan yang dibuat Isham menerusi media sosial.

“Umno sekarang ini okey. Lebih okey tanpa kamu. Kalau ada kamu, memang Umno tak okey sangat. Tapi semenjak kamu dah tak ada, semenjak kamu dah rajin naik pejabat Bersatu, umno makin hari makin okey, bukan seperti kamu gembar-gemburkan selagi Umno ada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selagi itu Umno akan ditolak.

“Saya nak tanya dengan Isham Jalil. Dia jadi baru siapa ni? Dia nak buang Datuk Seri Zahid, ganti dengan siapa? Apa jaminan bahawa orang lain ganti Zahid, dia akan diterima kembali ke dalam Umno?

“Tak ada jaminan kalau mulut kamu tu mulut longkang. Hari hari bekerjasama dengan Bersatu, wakil atok, buat perjumpaan sulit dan sebagainya.

“Hari-hari fikir macam mana nak menjatuhkan Umno, tak ada siapa akan ambil kamu balik

Lokman turut menyatakan Isham tidak mungkin diterima kembali ke dalam Umno sekalipun kepimpinan Umno bertukar.

“Kalau tak ada Datuk Zahid pun belum tentu kamu akan diambil balik. Kalau nak masuk Umno balik, buat cara nak masuk Umno balik.

“Berhentilah turun naik pejabat Bersatu. Lepas tu nak tunjuk wow factor, dia guna alasan ada orang Umno atau pemimpin Umno datang jumpa dia

Lokman turut mendakwa Isham memfitnah kepimpinan Umno

“Beritahulah siapa. Saya cabar dia. Beritahulah saya nak beritahu Isham Jalil ini memfitnah kononnya ada larangan untuk orang Umno untuk berjumpa dengannya. Sejak bila?

“Wallahi wabillahi watallahi tuan-tuan ini satu fitnah. Tiada sesiapa daripada MT yang melarang. Tak ada.

“Sebelum sembang pemilihan Umno 2026, baik komen pemilihan parti – parti yang mesra dengan beliau hari ini. Macam contoh idola dia pernah berkata Melayu mudah lupa.

Lokman turut menempelak Isham yang kini melihat mantan pengerusi Bersatu dan mantan presiden Umno Tun Dr Mahathir Mahathir yang popular dengan ungkapan Melayu mudah lupa sebagai idolanya.

“Dulu dia maki hamun idolanya.

“Sekarang ini Melayu mudah lupa dah jadi idola dia.

“Melayu mudah lupa, ungkapan paling sesuai untuk dia. Dia cukup mudah lupa. Dia lupa apa Mahathir buat pada bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak.

Lokman turut menyoal mengapa Isham tidak kritikal terhadap Perikatan Nasional yang mesra dengan dirinya.

“Dia lupa apa yang Khairuddin Abu Hassan buat. Pergi seluruh pelusuk dunia buat report ke atas Najib.

“Dia dah lupa Muhyiddin pertahankan jawatan. Dia dah umum letak jawatan tapi kenapa tiba-tiba dia tak jadi nak letak jawatan

“Muhyiddin sendiri kata lepas berbincang dengan Pn Seri Noraini dia tak jadi nak letak jawatan. Dia sendiri beritahu parti ini mesra Isham Jalil.

“Tu sebab saya pun hairan.

“Kenapa Isham tak buat live kecam Muhyiddin? Bila Pas putuskan top 5 dalam muktamar tak dipertandingkan pandai pula guna alasan perpecahan.

“Bila parti lain guna alasan ni macam-macam dikritik. Mana kita dengar Isham Jalil komen pasal top 5 Pas langsung tidak dipertandingkan.

Lokman turut menjelaskan perihal keputusan Umno tidak mempertandingkan jawatan tertinggi adalah bersandarkan kebimbangan berlakunya rasuah

“Yang dia sibuk pemilihan Umno tidak dipertandingkan. Kenapa? Kita baru lepas pilihan raya. Pas Bersatu jolok duit. Kalau kita teruskan, ada 140 ketua bahagian ambil keputusan teruskan, perkara sama akan berlaku. Duit yang dia orang belanjakan untuk beli pengundi tu duit yang sama hasil daripada judi, meningkatkan cabutan nombor bertuah khas daripada 8 ke 22 kali.

“Duit rompakan dari Jana Wibawa yang sepatutnya pergi kepada Bumiputera, pergi kepada non Bumi. Duit ini akan digunakan oleh mereka yang nak sangat rampas kerajaan ini untuk ambil alih jawatan presiden Umno untuk letak gunting dalam lipatan.

“Itulah sebab ketua-ketua bahagian buat cadangan jawatan presiden tidak dipertandingkan. Jawatan timbalan presiden pun tidak dipertandingkan.

“Datuk Zahid pun tak tahulah pasal ini. Itu cadangan jurucakap Negeri Sembilan hasil perbincangan 140 orang ketua bahagian.

“Lebih 95 peratus perwakilan bangun buat standing ovation serta menyokong usul ini.

“Hanya beberapa orang Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bangun tersipu ketika ditanya siapa yang bantah.

“Khairy Jamaluddin dipecat kerana kenyataan semasa pilihan raya bukan kerana dia nak bertanding jawatan presiden.

“Dia kata Umno sesat, sudah sakit. Dia nak lakukan reform kerana nak dapatkan sokongan geng urban yang berada di Sungai Buloh yang pro Pakatan Harapan.

“Dia bantai Umno, BN. Semua yang bertanding, kalah. Tu sebab dia kena buang.

“Hishamuddin Hussein dibuang kerana telah menghasut mempengaruhi 10 orang mengkhianati parti, termasuk dirinya untuk khianat parti beri SD kepada Muhyiddin jadi Perdana Menteri selepas PRU-15.

“Kalau tak dibuat, dia takkan digantung. Kalau ikutkan kita, kita nak dia dipecat tapi dia hanya digantung kerana kalau kita pecat dia, itulah yang dia nak. Senang dia melompat pergi ke Bersatu.

“Jangan suka hati kata orang lain koyak dan minta presiden Umno lepaskan jawatan

“Dia kata dalam live, dia berbesar hati sanggup letak jawatan sekiranya Datuk Zahid pun letak jawatan.

“Kau ni siapa Isham Jalil? Apa standard engkau ni nak minta Datuk Zahid letak jawatan. Datuk Zahid menang bertanding tahu. Bukan sekali dia menang. Dia menang dua kali tahu.

“Kali kedua lebih 95 peratus walaupun Khairy ketika itu berkempen supaya usul tak berjaya.”