Reman suspek Israel dilanjutkan

Perintah reman ke atas seorang warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan dengan enam pistol telah dilanjutkan selama 7 hari lagi.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, lanjutan reman diperlukan untuk memutuskan laporan siasatan terperinci.

“Kita masih memerlukan waktu untuk mengumpulkan bukti kukuh berhubung suspek utama dan pasangan kahwin yang telah direman pada Jumaat lepas.

“Buat masa ini, kita masih mencari motif dan punca suspek mempunyai enam pistol dan 200 peluru.

“Seramai 15 orang telah ditahan berhubung kes ini termasuk 2 lelaki Turki dan seorang dari Georgia,” katanya.

Mereka telah ditahan menerusi satu operasi khas.